Agong mulakan tugas hari ini
Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memulakan tugas dengan memberi perkenan menerima Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap baginda.
Pertemuan di antara mereka berdua berlangsung di Istana Negara.
Perkara ini diuar-uarkan oleh baginda menerusi laman Facebook baginda.
Baginda telah mengangkat sumpah sebagai Agong ke 17 semalam manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.