Tuan Ibrahim anggap dakwaan ambil duit Bersatu sebagai terpelik di dunia
Timbalan Presiden Pas menafikan dakwaan mengatakan dia antara pemimpin parti itu yang mengambil duit Bersatu.
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan yang tular di aplikasi TikTok, sejak semalam itu sebagai terpelik di dunia.
Tambahnya, hal tersebut juga tiada dalam pengetahuannya.
“Saya tidak tahu berhubung dakwaan iniā¦ Saya ambil duit Bersatu? Ini adalah dakwaan terpelik di dunia.
“Setakat ini saya tidak terima maklumat berhubung perkara ini.
“Saya akan tengok dulu dakwaan ini,” katanya, lapor BH.
Sejak semalam heboh rakaman perbualan suara di Tiktok yang mendakwa Tuan Ibrahim menjadi individu pertama dari Pas mengambil wang milik Bersatu.
Turut disebut dalam rakaman tular itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Individu yang membuat dakwaan terhadap Tuan Ibrahim itu didakwa adik kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Lelaki berkenaan juga mendakwa dia sebagai saksi empat mata yang melihat kejadian tersebut.
BACA JUGA Selepas kejayaan āMisi Gilaā, satu persatu kes PMX timbul
Ā