(Gambar) Anwar ke Turkiye sampaikan simpati rakyat Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat kunjungan ke Turkiye bagi menyampaikan rasa simpati dan dukacita Malaysia dan rakyatnya ekoran tragedi gempa bumi yang meragut lebih 40,000 nyawa di negara itu dan Syria.
Beliau selamat pulang pagi ini, 16 Februari selepas berlepas ke Turkiye pada tengah malam 14 Februari bagi menemui Presiden Turkiye yang juga rakan karibnya, Reccip Tayyib Erdorgan serta bertemu pasukan dari Malaysia yang memberikan bantuan di negara itu sekarang.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Menteri Luar Datuk Zambry Abd Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan delegasi Malaysia.