Kalau belajar agama, asingkan kubur kerana tujuan tertentu tidak pelik – UAI
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang memutuskan agar kubur seseorang individu diasingkan sudah lama wujud dalam kitab-kitab fikah.
“Kalau sudah belajar agama, semua perkara ini tidak pelik. Saya sendiri tidak pelik. Semuanya berlandakan ijtihad”.
Begitulah jawapan UAI apabila diminta mengulas mengenai kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram yang perlu diasingkan dari kubur lain.
“Kita perlu lihat pada istijhad, apa tujuannya. Jika ada maslahah pada fatwa, maka fatwa tersebut adalah sah.
“Benda ini biasa tetapi kita jahil. Tindakan bukan untuk mengaibkan tetapi untuk memberi pengajaran,” jelasnya.
Memetik Kosmo!, UAI juga memetik satu hadis yang menceritakan Nabi Muhammad SAW enggan melakukan solat jenazah terhadap si mati yang berhutang.
“Sebelum Rasulullah SAW hendak solat jenazah, nabi akan tanya dahulu sama ada orang tersebut berhutang atau tidak.
“Jika ada, nabi enggan sembahyangkan jenazah tersebut. Walaupun begitu, nabi benarkan para sahabat solatkan.
“Mengapa? Ia supaya orang-orang yang masih hidup berasa insaf dan tidak akan melakukan perkara sama,” jelasnya.
BACA JUGA “You Malaysian ke?”, tular video warga asing kena jerkah beli minyak masak subsidi