TPM jemput orang ramai datang ke ILP Kuala Langat, ada apa ya?
Orang ramai dijemput hadir ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat pada 7 dan 8 Jun depan sempena Hari Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2024.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hari TVET adalah peluang terbaik untuk masyarakat memahami dan meneroka bidang berkenaan yang kini menjadi pemacu serta pemangkin pembangunan negara.
”Pelbagai aktiviti menarik, peluang pekerjaan, pameran teknologi terkini, serta sesi perkongsian ilmu daripada pakar-pakar industri menanti anda.
”Marilah bersama-sama kita memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta menyokong usaha kerajaan memperkasakan TVET demi masa depan lebih gemilang,” katanya dalam satu catatan di Facebook beliau, hari ini.
Program tersebut akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.tvet.gov.my/tvet2024
BACA JUGA Nama Malaysia di bibir rakyat Palestin walaupun jauh beribu batu
Â