Peruntukan kepada MP pembangkang: Takiyuddin jumpa Fadillah

Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, 13 Jun ini berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri itu bagi mewakili ketua pembangkang.

Takiyuddin yang juga Kota Bharu berkata, setakat ini, Ahli Parlimen pembangkang tidak diberitahu mengenai peruntukan tersebut.

Oleh sebab itu, jelasnya, perjumpaan yang akan diadakan itu adalah bagi mengetahui perkembangan hal berkenaan.

“Difahamkan mereka sudah berbincang dalam kalangan parti-parti Kerajaan Perpaduan mengenai peruntukan Ahli Parlimen.

“Kita nak tahu apakah syaratnya dan selepas itu kita akan bincangkan sama ada boleh akur atau tidak dengan syarat yang diberikan itu nanti,” katanya, dipetik BH.

Setiausaha Agung Pas itu berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu Kali Ke-57 yang dirasmikan Ketua Dewan Ulama, Datuk Ahmad Yahaya di Dewan Perniagaan Cina hari ini.

Sebelum ini, dilapor draf memorandum persefahaman (MoU) peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang sedang dirangka akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Fadillah berkata, draf MoU itu akan diberikan kepada pembangkang untuk dinilai sama ada terdapat keperluan untuk perbincangan lanjut.

BACA JUGA ‘Apa salah Ustaz Don sampai kena maki hamun?’ – Ustaz Kazim

Â