PM Anwar pengerusikan mesyuarat menteri besar, ketua menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-140 di Parlimen hari ini.
Ini merupakan mesyuarat pertama setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Anwar memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Mesyuarat Kerajaan Perpaduan susulan penyertaan Barisan Nasional (BN) itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Antara menteri besar dan ketua menteri yang hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.