Penampilan terbaru Faisal Halim jadi bualan, nampak lain tak macam biasa
Tonggak Selangor FC Faisal Halim membuat kemunculan pertama di hadapan media hari ini selepas sebulan kejadian simbah asid berlaku.
Jelas terlihat beberapa bekas lecuran di wajahnya yang masih merah dengan luka-luka kering.
Dalam sidang media hari ini, Faisal tidak dapat menahan sebak dan meluahkan sanggup hilang gaji puluhan ribu asalkan mereka tidak lagi hidup dalam ketakutan.
Bintang Harimau Malaya itu berkata, dia sanggup menukar pekerjaan dengan hanya bekerja kampung demi memastikan tiada lagi ancaman seperti kejadian simbahan asid hingga hampir mengancam nyawanya.
“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji RM50,000 dan nak balik kampung.
“Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.
“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” kata Faisal.
Namun pemain berusia 26 tahun itu berkata, janji yang diberikan pengurusan Selangor FC yang akan menjaga keselamatannya dan keluarga menyebabkan dia kembali bersemangat untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.
Sebelum ini, pemain berasal dari Pulau Pinang itu menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.
Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran tahap empat.
BACA JUGA Bersekongkol jual tanah Felda, 3 termasuk pegawai kanan dipanggil SPRM