Pas ambil ‘katak’ akhirnya
OLEHÂ AHMAD MURSI
Adanya ADUN Rembia ini tidak menambah, tiadanya pula tidak kurang apa-apa. Ibaratnya, bagi percuma pun reject.
Saya tidak ralat, cuma tersenyum lucu dengan hukum hakam Pas yang berubah-ubah.
Adun Rembia ini awal kerjaya ADUN dalam PKR adalah pada 2018.
Kemudian umum jadi Bebas (2020), kemudian sertai UMNO (2021). Selepas itu digantung 6 tahun kerana berkempen untuk PN pada tahun 2023.
Hari ini katanya telah sertai Pas. Cuma teknik ‘back dated’ keahlian kononnya lulus sebelum undang-undang tubuh Melaka dipinda agak melucukan.
Keahlian UMNO ADUN ini digantung, bukan dipecat. Hanya hak-hak dia sebagai ahli digantung sementara hingga tamat tempoh.
Pas kira dengan ambil individu seperti ini akan menambah kekuatan. Saya tersenyum kerana yakin satu masa nanti Pas akan gigit jari.
Jika kawan-kawan ditanya siapa sebenarnya ADUN Rembia ini, satu sahaja kata kunci yang biasa keluar: ’emotionally unstable’.
Pe’elnya boleh berubah-ubah dalam sekelip mata. Begitulah juga politiknya.
Semasa Akta Lompat Parti digubal, PN-Pas sebolehnya mahu wujudkan kelompangan untuk membolehkan mereka memancing dan bermain-main dengan katak politik.
Kelompangan itu yang memerangkap mereka sendiri dalam kes enam Ahli Parlimen.
Setelah Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia, Pas semakin dekat dengan politik Machiavelli. Matlamat menghalalkan cara yang disadur dengan doktrin agama.
Semasa polemik 6 MP di Parlimen, saya awalnya berasa lega melihatkan MP PN-Pas berbahas sampai terkeluar anak tekak berhujah bahawa perbuatan lompat parti adalah perbuatan hina.
Saya fikir, negara kita dah berubah dan semua sepakat menolak amalan itu.
Tapi itulah PN-Pas. Mulanya haram, kemudian halal (Langkah Sheraton), kemudian haram (6MP), kemudian halal semula (Adun Rembia), kemudian nanti haram semula.
Bila Pas keluarkan fatwa berkait hal politik, itu bukan hukum agama sebenar. Itu hanya mainan Pas menunggang hukum agama.
Kali ini, saya teruja untuk lihat sikap Akmal Ketua Pemuda UMNO samanada terserlah kejantanannya atau tercirit.
BACA JUGA Ramai hiba lihat hantaran terakhir Nur Farah, seakan sudah tahu akan pergi
Â