Nelayan kantoi jadi dalang, guna kad pengenalan seleweng petrol
Kegiatan menyeleweng petrol di Kemaman Terengganu yang didalangi seorang nelayan berjaya dibongkar oleh pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Dalam serbuan dilakukan semalam, KPDN berjaya melumpuhkan kegiatan menyeleweng bahan api bersubsidi itu dengan sebanyak 64 tong plastik petrol ditemui.
Dianggarkan 1,920 liter petrol telah dirampas, dengan keseluruhan bernilai RM3,168.
Siasatan awal percaya modus operandi digunakan ialah dengan membeli petrol di stesen minyak dengan menggunakan kad pengenalan nelayan.
Siasatan juga mendapati bekalan petrol itu digunakan untuk bot-bot nelayan.
Seorang lelaki yang merupakan nelayan tempatan berusia dalam lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan.
Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis yang menjadi stor penyimpanan petrol setelah mendapat aduan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu.
“Penyimpanan petrol di dalam stor tersebut tidak mendapat kebenaran Pengawal Bekalan sedangkan ia merupakan barang kawalan,” katanya hari ini.
BACA JUGA Siapa sebenar pengkhianat Najib, “untold story” tentang Noh Omar akan didedah