Nak tunjuk pertumbuhan ekonomi zaman dia bagus, Najib ‘kantoi’ tipu data

Paparan di akaun X, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menunjukkan cemerlangnya pertumbuhan ekonomi zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri itu akhirnya ‘kantoi’ dianggap memanipulasi data.

Dalam masa sama, sindiran pun menghujani hantaran itu termasuk memohon pertimbangan Najib untuk mengeluarkan data ketirisan wang negara angkara rasuah sewaktu era kerajaan diterajuinya untuk dibandingkan dengan zaman kerajaan Madani kini.

Terdahulu, Najib mendakwa kadar pertumbuhan ekonomi ketika Putrajaya dikuasainya adalah lebih lima kali ganda lagi tinggi berbanding tempoh selepas pentadbiran beliau.

“Kadar pertumbuhan juga lebih sama rata antara semua negeri dan wilayah masa Najib berbanding dalam tempoh selepas Najib,” dipetik dari posting itu.

Namun, bagi orang ramai yang celik matematik, rumusan mudah ‘pertumbuhan ekonomi’ oleh suami Datin Seri Rosmah Mansor berkenaan dipertikai.

Antaranya, pengguna X, Shoib Zahari yang mempersoal sama ada Najib mahu menipu.

“Takkan ini pun nak menipu kot Najib?

Column 2023 hingga 2017 kau tak tambah 100% + figure.

“Tapi bahagian 2017 hingga 2010 beriya-iya kau tambah 100% + figure.

“Ikut daripada yang ini, total kau RM 167% kenaikan (7 tahun). Tapi 2023 hingga 2017 = 132.8%

“Cuma ada penipuan lain yang kantoi,” tulisnya yang meraih perhatian warganet.

Tegas Shoib lagi, Najib tidak menggunakan data yang betul.

“Data kau (Najib) tak guna base yang sama.

“2017 guna tahun dimalarkan 2015 tapi 2010 kau guna tahun dimalarkan adalah 2010.

“Lepas tu, kau tolak sebab nak figure besar, kan?

“Asasnya, kau tak boleh tolak kalau base dia pun berbeza.

“Nilai inflated, tak konsisten dan MENIPU,” tegasnya lagi diikuti saranan kepada Najib supaya menggunakan kaedah yang betul dan lebih tepat.

Untuk rekod, Najib sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Dia kemudian pada 2 September 2022 memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja.

Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BACA JUGA Anggota penguat kuasa PBT lindungi premis niaga warga asing, apa kata Dr Zaliha?

Â