Baru saja jejak usia 99 tahun, Mahathir dirawat di IJN lagi
Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 15 Julai lalu.
Bekas Perdana Menteri itu yang menyambut ulang tahun ke-99 pada 10 Julai lalu, dirawat di IJN kerana batuk.
Perkara itu disahkan pembantunya, Sufi Yusoff, lapor Awani memetik Bloomberg.
Mantan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sering mendapatkan rawatan di IJN sejak beberapa tahun lalu disebabkan beberapa penyakit termasuk serangan jantung.
Kali terakhir, Mahathir dimasukkan ke IJN adalah pada 26 Januari lalu iaitu selama hampir dua bulan.
Sepanjang tempoh itu, beliau menerima rawatan jangkitan dan pemerhatian.
BACA JUGA Rosak pendengaran bayi tu, tindakan Rafidah memekik sambil usung anak dikecam
Â