Bertubi-tubi berita baik ekonomi Malaysia sepanjang Julai
OLEH AHMAD MURSI
Tahniah PMX, Tahniah Madani, Tahniah PH-BN-GRS-GPS. Alhamdulillah.
1 KDNK Malaysia meningkat 5.8% suku kedua 2024. Suku pertama 4.2%. Melebihi jangkaan ahli ekonomi – 19 Julai 2024.
2) Ringgit kini menjadi mata wang yang mempunyai prestasi terbaik di Asia selepas rupee India – 13 Julai 2024.
3) FBM KLCI Bursa mencecah paras tertinggi dalam 3 tahun lepasi halangan psikologi 1,630. Sasaran 1,700 akhir tahun ini – 15 Julai 2024.
4) JP Morgan naikkan rating Malaysia dari ‘underweight’ menjadi ‘neutral’ pertama kali sejak 6 tahun dengan apa yang mereka sifatkan perkembangan ekonomi yang ‘memeranjatkan’ – 11 Julai 2024.
5) Forbes memuji pembaharuan yang dilakukan Malaysia, mengarahkan ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan tinggi dan nilai tinggi di bawah kepimpinan PMX – 11 Julai 2024
6) Nilai dagangan Malaysia naik 8.7 peratus kepada RM1.158 trilion pada Jun 2024. Trend menaik sejak Jan 2024 -11 Julai 2024.
7) Harga Sayur turun 20% – 19 Julai 2024.
8) OPR Kekal 3% untuk kali Ke-7 berturut-turut – 11 Julai 2024.
9) Malaysia dalam landasan untuk menjadi pasaran data centre ketiga terbesar di Asia – 16 Julai 2024.
10) Ringgit mula menunjukkan peningkatan berbanding Singapura Dollar sejak enam bulan lalu – Julai 2024.
11) RM250 juta berjaya diselamatkan dari ketirisan sebulan selepas rasionalisasi diesel dilaksanakan – (Menteri Kewangan II) – 15 Julai 2024
BACA JUGA Ekonomi terbukti mengukuh, pedas pesanan Rafizi buat ‘walaun’