Mohon maaf secara ‘DM’ selepas siar kartun palsu, Zunar bertegas mahu saman

Kartunis Zunar bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap seorang penyokong pembangkang yang telah menyiarkan kartun palsu.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarule Haque berkata, pengguna X yang menggunakan akaun, @biker2baker menyatakan kartun tersebut adalah hasil karya beliau.

“Akaun ini @biker2baker telah menyiarkan kartun palsu, fake dan menyatakan ia adalah hasil karya saya.

“Ini adalah fitnah dan berniat jahat serta biadab dan kurang ajar. Saya telah rujuk peguam.

“Delete posting itu, minta maaf secara terbuka kepada saya sebelum tindakan undang-undang menyusul,” kata Zunar di X semalam.

Kartun yang bukan karya Zunar ini telah dimuatnaik oleh @biker2baker.

Walau bagaimanapun, individu walaun berkenaan hanya memohon maaf melalui ‘direct message’ (DM) sedangkan dia sebelum itu memuat naik kartun itu di ruang yang semua orang boleh lihat.

Sehubungan itu, Zunar tidak menerima permohonan maaf @biker2baker berkenaan.

“Awak fitnah saya, buat posting di ruang publik, dan diam-diam DM minta maaf. Tidak diterima!” tegas Zunar lagi.

BACA JUGA Baca Qunut Nazilah kepada sesama Islam, apa kata Mufti Wilayah?

Â