Kerajaan MADANI kurangkan hutang negara secara berperingkat
Perdana Menteri berkata, negara berhutang sebanyak RM100 bilion pada 2021 dan 2022 sebelum dikurangkan secara berperingkat oleh kerajaan MADANI.
Sehubungan itu, kerajaan komited mengurangkan pinjaman bersih atau hutang baharu sebagai langkah jangka pendek meningkatkan keupayaan kewangan negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan menyasar untuk mengurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion bagi 2024 berbanding RM93 bilion pada 2023, dan RM100 bilion pada 2022.
“Pinjaman kerajaan perlu dikurangkan walaupun hutang masih membengkak.
“Sebab itu saya nyatakan turunkan pinjaman dengan pada 2023 pada RM93 bilion dan 2024 dikurangkan lagi kepada RM86 bilion,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, di ibu negara hari ini.
LANJUT MENYUSUL
BACA JUGA Isteri MP Tasek Gelugor meninggal dunia