Di sebalik pejuang Palestin yang mogok lapar menentang penglibatan BlackRock
Sebelum ini Harapan Daily pernah menyiarkan laporan berkenaan pejuang terpaling Palestin yang mogok lapar, menentang penglibatan BlackRock menerusi GIP di dalam isu saham MAHB.
Pejuang ini dikunjungi oleh Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada hari sama beliau dihukum gantung untuk tempoh enam bulan.
Namun begitu, tahukah anda susuk tubuh manusia bernama M Mythreyar ini merupakan penyokong kumpulan militan Sri Lanka – LTTE?
Perkara ini terbukti dalam laporan Malay Mail 2018.
Sokongan terawalnya kepada kumpulan ini boleh dilihat di dalam hantaran di Facebooknya bertarikh 4 Februari 2013 dan ucapan perayaan Tahun Baru Tamil pada 15 Januari 2016.
Dia turut menjadi ahli kumpulan Facebook Penyatuan Tamil Kebangsaan Malaysia.
Selain itu Mythreyar juga merupakan jurucakap sebuah NGO yang bernama Tamilar Eluchi dalam tahun 2019.
Dia juga adalah jurucakap Senthamizhar Peravai.
Ia adalah NGO rasmi untuk sebuah parti politik dari negeri Tamil Nadu di India iaitu Parti Naam Tamizhar.
NGO ini menjalankan aktiviti kutipan derma yang disalurkan kepada parti politik negara asing.
Pada tahun 2019, Mythreyar juga merupakan antara individu yang lantang menentang pengenalan Jawi di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Â