Abang Mat tak reti duduk diam, ada sahaja kerjanya bangunkan pertanian
Komitmen sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang ditunjukkan Datuk Seri Mohamad Sabu sehingga ke hari ini nampaknya mendapat perhatian masyarakat.
Seorang penyokong kerajaan dikenali Abg Botak menyifatkan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abang Mat@Mat Sabu sebagai individu yang kuat bekerja.
Katanya, pencapaian demi pencapaian telah dilakukan oleh Mat Sabu yang juga Presiden AMANAH itu.
”Lepas satu-satu ada je bendanya.. tak duduk diam.. kuat betullah beliau bekerja.. dengan Iran import ayam, dengan China kita eksport durian segar.
”YB Mat Sabu juga ada beritahu kerajaan telah bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan atau kerjasama dalam bidang teknikal dan juga perdagangan pertanian.
”Dengan menandatangi LOI ini, maka akan memperkukuhkan lagi kerjasama strategik dalam perdagangan pertanian kedua-dua. negara
”Dahsyat derrr! Abang Mat kita ni memang tahu apa benda nak buat bagi memperluaskan lagi jaringan strategik bersama negara-negara Asia dan juga negara luar Asia,” katanya di TikTok.
Dalam video sama, lelaki itu turut merakamkan ucapan syabas kepada Abang Mat di atas inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan.
”Syabas Abang Mat! KPKM juga tak kurang hebat menyambut apa juga tindakan dan hasrat menteri.
”Alhamdulillah ini satu contoh pemimpin yang tak peduli apa nak jadi dengan pembangkang, dia punya hal lah, tapi beliau tetap bekerja untuk mencapai tahap yang lebih tinggi dan terjamin dalam food security negara kita,” puji beliau lagi.
BACA JUGA BN nafi larang Rafizi, Lokman Adam datang ceramah PRK Nenggiri
Â