Tiang di Jambatan Pulau Pinang pula Pas jadikan isu
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dihujani kecaman warga maya selepas memuat naik gambar tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang yang dikaitkannya dengan ‘roket’.
Hantaran itu dipercayai mahu mengaitkan dengan DAP kerana parti itu menggunakan logo roket.
Pulau Pinang ditadbir DAP, salah satu gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
“Tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang. Cantik bentuknya, macam roket kan?,” demikian kapsyen ditulis Ahmad Fadhli di akaun Facebook miliknya.
Walaupun kapsyen disertakan tidak berbunyi sindiran, namun pengguna faham kiasan yang cuba disampaikan.
Ia menimbulkan kehairanan dalam kalangan pengguna media sosial yang tertanya motif beliau mahu mengaitkan tiang tersebut dengan roket.
Umum juga faham hantaran itu bertujuan mengaitkan dengan DAP.
“Ya Allah sampai gini levelnya. Ingatkan palsu, rupanya betul dari akaun rasmi,” komen Malaysia! Networks.
“Kesian. Setakat itu sahaja daya fikir seorang YB dari Kelantan,” kata Ahmad Fairuz.
“YB sediakanlah peluang pekerjaan di Kelantan. kesian ambo IC 03 ni dah berbelas tahun tumpang rezeki di negeri DAP,” sinis yang lain pula.
BACA JUGA ADUN PN papah wanita mabuk ke bilik hotel, dedah keputusan penghakiman
Â