Gempar pemimpin NGO kutip dana Palestin kantoi berkhalwat, ada 3 ‘hint’ didedah
Seorang pemimpin NGO yang sebelum ini dikenali gigih mengumpul dana bagi membantu Palestin, disyaki berkhalwat selepas dicekup sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara.
Mereka ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah hotel kelmarin.
Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, lelaki berusia 40-an berkenaan memasuki bilik hotel kira-kira jam 2 petang, manakala wanita terbabit yang berusia 30-an sudah tiba di situ lebih awal.
Laporan itu mendedahkan beberapa ‘hint’ antaranya lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Dia dikenali kerana aktif mengutip derma bagi Palestin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, antara enam ke lapan tahun lalu.
Wanita terbabit yang juga ahli aktif NGO sama.
Ketika pemeriksaan dilakukan, lelaki berkenaan cuba untuk melarikan diri namun gagal. Dia juga memberi alasan bertemu wanita terbabit kerana mahu memberikan barang tertentu.
“Lelaki itu pernah berkongsi pentas forum berhubung konflik di Palestin bersama seorang duta dari negara di Timur Tengah.
“Lelaki itu juga merupakan antara individu yang lantang bersuara di media sosial dan media massa berhubung peperangan Palestin-Israel,” katanya sumber Harian Metro.
BACA JUGA Video Fahmi Fadzil naik turun tangga tarik perhatian