Masjid, surau disaran laksana solat jenazah ghaib Ismail Haniyeh malam ini

Semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat jenazah ghaib selepas solat Maghrib pada malam ini, 1 Ogos 2024.

Saranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu bagi mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran semalam.

Pengarah JAWI Kolonel Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pemergian Haniyeh dalah suatu kehilangan besar dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman dan penindasan rejim Israel.

“Kami mendoakan semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham dalam kalangan para anbia, syuhada dan solihin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, JAWI juga beriltizam untuk terus bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin melawan kekejaman Zionis.

BACA JUGA Tu dia boss punya sempoi! Seronok tengok video Steven bergurau dengan staf

Â