Persoal tawaran BN di Nenggiri, Sanusi ‘lupa’ Pas 34 tahun tadbir Kelantan

Tindakan Pas menempelak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung cubaan memancing undi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan menawarkan pelbagai projek pembangunan, menerima kecaman warga maya.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerusi tersebut sememangnya diterajui pemimpin Barisan Nasional (BN) sejak beberapa penggal, namun DUN berkenaan seolah dipinggirkan sebelum ini ketika di bawah wakil rakyat BN.

“Kenapa tak buat masa wakil rakyat BN perintah, baru kalah sekali dan terus datang tawar macam-macam. Masa tujuh lapan penggal wakili penduduk situ, kenapa tak buat?,” kata Muhammad Sanusi.

Bagaimanapun, kenyataan daripada Muhammad Sanusi itu ‘ditepis’ seorang pempengaruh TikTok iaitu Mohd Muhaimin.

Mohd Muhaimin

”Saya pun pening dengan Sanusi ni.. Dia persoal tawaran yang dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid jika BN menang di DUN Nenggiri.

”Adakah Sanusi sudah lupa Pas yang memerintah 34 tahun di Kelantan, sepatutnya kerajaan Pas Kelantan kena buat pembangunan di DUN Nenggiri seperti selesaikan masalah jalan raya, air dan apa jua masalah rakyat di DUN tersebut.

”BN hanya sebagai parti pembangkang di Kelantan sejak 1990.. segala duit dipegang kerajaan Pas Kelantan.. itu pun kerajaan BN dulu bantu juga bina sekolah, baiki jalan raya dan selesaikan masalah rakyat.

”Di manakah tanggungjawab kerajaan Pas Kelantan? Hari ini harga getah dah naik, terima kasih kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” puji beliau.

Lelaki berkenaan turut mengimbas kembali peruntukan berjumlah RM1.1 bilion yang diberikan Kerajaan Perpaduan kepada Kelantan tahun lalu, sekali gus menyifatkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid tidak pernah meminggirkan negeri tersebut.

”Kita ucap terima kasih Kerajaan Perpaduan tidak pernah pinggirkan Kelantan sejak menang PRU-15,” ujarnya lagi.

BACA JUGA Apa khabar ADUN Mahkota Sharifah Azizah? Ahmad Zahid kongsi keadaan terkini

Â