Zii Jia tak putus asa, akan berusaha rebut pingat Gangsa untuk Malaysia 

Biarpun harapan Malaysia untuk mendapatkan emas pertama tidak kesampaian, namun pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia tidak melihat kekalahan itu sebagai pengakhirannya.

Kata Zii Jia, dia tidak akan mengalah dan akan meneruskan misi memburu pingat gangsa untuk Malaysia, esok.

“Bukan senang atau berpeluang untuk beraksi hingga ke separuh akhir. Malah, bukan senang juga berlawan merebut tempat ke penentuan pingat emas atau perak.

“Saya perlu memandang ke depan. Apa yang boleh saya katakan adalah bangga kerana tidak mudah mengalah dan berjuang hingga akhir perlawanan.

“Ini bukanlah pengakhiran buat saya kerana ada lagi perlawanan untuk penentuan pingat gangsa,” katanya, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia tewas straight set kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn di separuh akhir sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung kurang 60 minit itu, Zii Jia kalah 14-21, 15-21 kepada pemain di ranking kelapan dunia itu.

Zii Jia akan bertemu wakil India Lakshya Sen esok selepas pemain itu tewas kepada pemain perseorangan Denmark Victor Axelsen 20-22,14-21.

BACA JUGA Tunggu Allah turunkan hujan untuk penuhkan balik empangan, kata Sanusi