Bersatu & Pas macam budak-budak hasut orang boikot himpunan Palestin
OLEH NORMAN RADZUAN
Pemuda Bersatu & Pas berjuang untuk Palestin atau Pas? Hasut boikot himpunan palestin macam budak-budak
Wan Fayhsal dan Ahmad Fadhli Shaari menyeru boikot Perhimpunan Solidariti Palestin mengejutkan kita sebagai umat Islam. Nampak tidak profesional, tidak Islamik dan malah seperti budak sekolah.
Ingatkan cukup sekadar permusuhan politik tetapi demi Islam kita boleh bersatu. Namun ia tidak berlaku dan bukan sahaja tidak mengajak orang ramai menghadiri, lebih teruk dari itu mengajak umat Islam memboikot… Astagfirullah busuk dan jahat hati mereka.
Pandangan peribadi, jelas mereka ini bukan berjuang untuk Palestin tetapi tunjuk terpaling Palestin hanya untuk political mileage.
Inilah dinamakan penunggang agama habis rosak pemikiran bangsa Melayu.
Kononnya PMX tidak tegas dalam isu Palestin sedangkan saya tidak lihat Muhyiddin memberi komen yang lantang kepada Israel sama ada waktu menjadi PM apatah lagi waktu menjadi pembangkang.
Samalah Hamzah sendiri sebagai Ketua Pembangkang sepi sahaja dalam isu-isu Palestin. Tapi PMX juga difitnah liberal.
Pemusuhan tidak berkesudahan hinggalah hilang nilai insan dan hilang semangat sesama Islam. Tragedi berlaku di Terengganu 30 tahun dahulu muncul kembali.
Tidak boleh solat Imam UMNO, tak makan sembelihan UMNO dan bermacam-macam lagi. Kini bila mereka perlahan-lahan pengaruh melebar… kita sudah nampak bahawa negara ini akan menuju kepada pemerintahan khawarij.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana parti itu mengetuai kerajaan nanti. Pastinya siapa yang tidak bersama mereka dengan kuasa yang ada, lebih teruk umat Melayu di negara ini berpecah.
Sebenarnya bukan cara pemberian maklumat atau penerangan di media sosial untuk menyedarkan orang Melayu bahaya fahaman khawarij ini. Ada formulanya.
Mungkin anda ingat dengan menguasai medsos sama ada di FB dan TikTok kerajaan akan menguasai bangsa Melayu. Jelas ia satu kesilapan yang sangat besar.
Nak pulihkan manusia yang sudah ‘terkhayal’ dengan candu agama bukan menerusi perang di media sosial. Ia seperti manusia yang sudah dirasuk mana boleh marah-marah sahaja … kena Ruqyah baru dia sedar.
Samalah dengan mereka yang yg sudah terhasut dalam kalangan pengundi atas pagar. Mereka ini terhasut hingga perasaan benci kepada bangsa-bangsa lain semakin menebal.
Yang kita tulis atau penerangan di TikTok sekadar untuk ilmu atau penerangan kepada pengundi putih (mereka yanv tidak berpihak) sahaja. Dengan ilmu atau knowledge yang dia dapat boleh bantu untuk berhadapan dengan sesiapa yang mahu berhujah.
Dengan pengetahuan diberikan boleh bantu dia berikan penerangan kepada kawan, keluarga dan anak-anak. Atau juga sebagai pendinding dari dihasut hingga terasuk.
Apapun kita perlu selamatkan bangsa Melayu ini dari diperbodohkan hingga menjadi ekstrims.
Â