Penyebaran berita palsu punca rusuhan ganas terburuk UK

Rusuhan terburuk melanda United Kingdom (UK) dalam tempoh 13 tahun berlaku disebabkan penyebaran berita palsu yang menggalakkan kebencian terhadap minoriti.

Pertempuran itu menyaksikan perusuh membaling batu-bata ke arah polis, merompak dan membakar kedai serta menjerit cemuhan anti-Islam.

Ia bukanlah ‘pertembungan’ antara warga tempatan dan pendatang tanpa izin seperti dakwaan pihak tertentu di negara ini menerusi platform X.

Kekecohan di England itu ekoran insiden pembunuhan kanak-kanak yang sekali gus mencetus kekacauan melibatkan perusuh sayap kanan di seluruh negara.

Penyebaran berita palsu mengenai insiden tikaman yang meragut nyawa tiga remaja perempuan minggu lalu membawa akibat besar kepada UK.

Huru-hara merebak ke beberapa pekan dan bandar pada 3 Ogos lalu menyaksikan penunjuk perasaan bertempur dengan polis.

Antara kawasan terlibat termasuk Liverpool, Manchester, Bristol, Blackpool dan Hull serta Belfast di Ireland Utara.

Unjuk rasa berskala besar itu berlaku ketika Perdana Menteri UK, Keir Starmer baru sebulan terpilih menerajui negara selepas parti Buruh meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.

Keganasan puak pelampau kulit putih yang dipercayai pihak tertentu tersebut turut menyaksikan mereka menyerang orang Islam yang merupakan warganegara UK selepas tinggal bergenerasi di negara itu.

Rata-rata warganet di Malaysia menyifatkan huru-hara paling teruk dialami England itu dengan perlunya masyarakat di negara ini berwaspada dengan penyebaran berita palsu.

“Bawa tegurlah mak bapak, sedara mara anda yang kerap kongsi berita palsu dekat kumpulan WhatsApp tu,” tulis @mojasama.

“Walaun bantah usaha kerajaan nak lesenkan media sosial, kononnya kebebasan suara. Jangan jadi macam di UK pula Malaysia, bila puak-puak walaun dapat mesej palsu yang dikait dengan sentimen kaum,” kata @tuntul33.

“Ada banyak potensi perkara ini boleh berlaku di Malaysia. Ingat tak PRU sebelum ini, ramai budak cakap nak berlaku 13 Mei balik sebab PH nak menang,” ujar @UntoldHero.

BACA JUGA Perbuatan Meta jelik, menghina – Pejabat PMO

Â