Isu Kampung Sungai Baru: Pemilik hantar surat kepada PM Anwar
Jawatankuasa Bertindak Pemilik Teres dan Flat Kampung Sungai Baru meminta pertimbangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu pemilik 37 lot teres dan 72 unit flat yang didakwa terkesan dengan Akta Pengambilan Tanah 1960.
Pengerusinya, Lele Suzana Kudari berkata, pihaknya amat yakin Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mampu menjamin keadilan dan pembelaan
kepada mereka.
”Seperti mana Datuk Seri sedia maklum sebanyak 37 lot teres dan 72 unit Flat PKNS telah terlibat dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan telah diberikan pampasan yang tidak setimpal oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTGWPKL) dengan nilaian di antara RM450
hingga RM600 setiap kaki persegi (s.k.p).
”Pada tahun 1997, JKPTGWPKL telah membayar pampasan dengan nilaian RM500 s.k.p berdasarkan nilai pembangunan semula ke atas tanah MAS di Kampung Baru lot PT 241 rizab melayu yang dikenakan Akta
Pengambilan Tanah 1960 dan ini merupakan nilaian pada tahun 1997, iaitu 27 tahun lepas!
”Manakala pada 2017 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membayar RM1,241.90 s.k.p bagi pembinaan MRT kepada pemilik tanah yang dikenakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan awam.
”Pada 2019 pula, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan (JPPHWPKL) telah menilai tanah MAS Kampung Baru yang berstatus
rizab melayu pada kadar RM650 hingga RM850 s.k.p untuk projek Pembangunan
semula Kampung Baru,” katanya dalam satu surat yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim.
Lele mendakwa, nilai-nilai yang disebutkan itu terdapat unsur ketidakadilan dalam penilaian yang dibuat.
”Berdasarkan nilaian-nilaian di atas, amat jelas berlaku ketidakadilan dalam pernilaian tanah dalam kes pengambilan tanah ini, terutamanya kepada pemilik-pemilik 37 lot teres yang tempoh pajakan masih berbaki 54 tahun lagi dan mempunyai status tanah Komersial Internasional.
”Untuk makluman Datuk Seri, seramai 27 pemilik lot teres dan 172 pemilik flat yang bersetuju dengan tawaran pemaju akan memperolehi unit pangsapuri yang bakal dibina oleh pemaju dengan nilaian RM1,500 sehingga RM1,800 s.k.p. untuk tanah yang
dimiliki mereka.
”Bagaimanakah mereka ditawarkan pernilaian yang sebegitu tinggi? Adakah kami didera atas sebab tidak menerima tawaran pemaju sehingga diberikan
pampasan yang sebegini rendah?,” soal beliau lagi.
Bagaimanapun, dalam suratnya itu, Lele berkata mereka tidak menolak pembangunan yang ingin dijalankan pemaju.
Sebaliknya, pemilik 37 lot teres dan 72 unit flat itu cuma tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan pemaju di mana mereka terpaksa menunggu projek selesai, kemudian baru menerima unit-unit baharu sebagai bayaran.
BACA JUGA Nama Dominic Lau pun kena ‘petik’, ada sebab DAP tidak bantu calon BN di PRK Nenggiri
Â