Tengku Ampuan Pahang tinggalkan komen dekat Minah UK ini lepas kongsi resipi spaghetti petai

Seorang wanita Mat Saleh bernama Georgia mencuri tumpuan selepas berkongsi resipi spaghetti yang bersoskan sambal petai.

Berkongsi video di laman TikTok, Georgia merupakan pencipta @simplegreensoul, sebuah laman yang mempromosikan gaya hidup berasaskan tumbuhan.

Olahan resipi yang mencampurkan elemen hidangan masakan Melayu itu dianggap pelik oleh rata-rata rakyat Malaysia yang mengikuti akaunnya

Petai kebiasaannya dimakan sebagai ulam atau dicampur bersama sambal untuk dinikmati dengan nasi. 

Tidak pernah lagi rakyat Malaysia menikmati spaghetti petai atau segala jenis mi berulamkan petai.

Namun begitu, dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan, tidak sangka Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut meninggalkan komen pada video resipi itu.

Apa yang menarik perhatian, Tunku Azizah nampaknya tertarik dengan resipi itu dan mengatakan baginda juga mahu mencuba olahan resipi unik itu.

“Kena cuba ni,” kata Permaisuri Pahang.

Georgia kemudian membalas komen Tunku Azizah dan memintanya untuk mencuba resipi itu.

Dalam beberapa komen yang lain, seorang pengguna memberitahu Georgia bahawa orang yang memberi komen tersebut adalah Permaisuri Pahang, dan Georgia yang terkejut berkata bahawa Tunku Azizah Aminah begitu baik meluangkan masa untuk meninggalkan komen pada videonya.

BACA JUGA Suramnya Pasar Kedai Payang 1, jualan peniaga merosot sejak berpindah