‘Keluar Bersatu mesti kena bayar ni…, warga maya sindir siapa tu?
Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli hari ini mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita mengejutkan itu nampaknya menarik perhatian warga maya antara seorang TikTokers dikenali sebagai harunshah1991.
Pemuda itu menyifatkan jumlah ahli yang mengumumkan keluar parti pada hari ini, sebagai sesuatu yang ‘gila’.
”Geng serius la.. hari ni keluar berita dekat 28 cawangan ahli Bersatu Jeli keluar daripada Bersatu.
”Dekat 1,000 orang keluar geng.. gila lah! Makna kata parti Bersatu ni dah tak releven dah bagi orang Melayu.
”Walaun macam biasa la, sat lagi dia takdak modai, dia kata depa ni keluaq parti, berapa kena bayaq ni..
”Keluar Bersatu mesti kena bayaq ni.. ini mesti kerja UMNO.. hahaha!,” ujar pemuda itu.
Hari ini, bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhamad berkata, keputusan itu, yang membabitkan lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli, turut menyaksikan parti itu dibubarkan hari ini.
Katanya, kesemua pimpinan dan ahli Bersatu cawangan itu juga meletak jawatan dan keputusan keluar parti dibuat secara sukarela tanpa paksaan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata, tindakan untuk keluar parti disebabkan keyakinan terhadap Bersatu sudah terhakis dan parti tersebut dianggap bukan parti dominan orang Melayu yang boleh memperjuangkan nasib bangsa itu.
BACA JUGA Suramnya Pasar Kedai Payang 1, jualan peniaga merosot sejak berpindah
Â