Ayub Khan disebut-sebut bakal jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu?
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayub Khan Mydin Pitchay disebut-sebut bakal dilantik sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki apabila tamat kontraknya.
Khabar angin semakin kuat tersebar apabila Ayub Khan dilihat bercakap soal rasuah sejak kebelakangan ini.
Jika benar, negara bakal melihat perubahan besar-besaran dalam pentadbirannya selepas lantikan Ketua Setiausaha Negara baharu yang bukan dalam lingkungan utama pentadbiran negara.
Lantikan KSN baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar boleh dianggap luar daripada tradisi kebiasaan, dan tradisi itu akan dipecahkan lagi jika benar Ayub Khan mengetuai SPRM.
Mengulas perkara itu, seorang pemerhati politik memberikan reaksi yang cukup positif, menganggap pelantikan Ayub Khan akan berjaya “menggoncang” perasuah-perasuah di luar sana.
“Malah tentu perasuah-perasuah di luar sana kepanasan bila mendengar nama Ayub Khan mengetuai SPRM. Lagi banyak Melayu pakai baju oren.
“Tanya saya jika benar Ayub Khan dipindahkan ke SPRM, memang dia paling layak di situ. Tiada isu langsung,” kata Norman Radzuan dalam satu ulasan di Facebook.
Beliau yakin Ayub Khan bukan diturunkan pangkat, tetapi “sayapnya” sedang dilebarkan supaya rasuah dapat dibanteras dengan lebih berkesan.
Mengenai Shamsul Azri yang dilantik sebagai KSN, beliau berpendapat ia adalah satu keputusan yang tepat dan penting untuk memilih mereka yang luar dari kelaziman.
“Lihat sahaja bila PMX letak Dr Zaliha di Kementerian Wilayah. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semakin agresif.
“Begitu banyak kedai-kedai haram dibina di ibu kota telah dirobohkan. Malah ada yang sudah 25 tahun lamanya. Isunya siapa ‘tuan sewa’ hingga pembinaan kedai haram tersebut seperti dipejamkan mata begitu sahaja.
“Sekarang cuba kita lihat, SPRM saban bulan ada sahaja penangkapan isu rasuah, kita boleh lihat bagaimana gembiranya kakitangan LHDN sekarang apabila penguatkuasaan undang-undang boleh dilaksanakan tanpa gangguan pihak atasan lagi,” katanya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak kurang hebat apabila saban minggu mengadakan operasi khas serbu pusat hiburan.
Katanya, apabila negara mempunyai seorang Perdana Menteri yang benar-benar mahukan lakukan reformasi, kakitangan awam mudah melakukan kerja mereka.
“Percayalah negara kita akan berjaya, negara kita akan jadi negara yang hebat di mata dunia. Beri Anwar Ibrahim 10 tahun,” katanya lagi.
BACA JUGA Kecoh Tesla tak jadi bina kilang, Tengku Zafrul tampil buka mulut
Â