Kerajaan pertimbang urus yuran Orang Asli sertai TVET

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membantu menguruskan yuran masyarakat Orang Asli yang berminat menyertai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai usaha menggalakkan sebagai satu usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat orang asli mendalami ilmu kemahiran, tanpa terbeban dengan yuran pembelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi.

“Kerajaan sedang mempertimbangkan, mungkin salah satu kekangan mereka ialah dari segi urusan bayaran yuran sebanyak permulaannya RM800. Mungkin ini kalau dapat kita pertimbangkan untuk bantu mereka, mungkin lebih ramai belia khususnya orang asli dapat terlibat sama dalam latihan TVET ini,” katanya dalam semasa menjawab soalan semasa sidang soalan perdana menteri di Dewan Rakyat.

Â