Selepas setahun spekulasi bertiup, akhirnya Nora dicerai menerusi rakaman video
Spekulasi mengatakan rumah tangga Datuk Nora Ariffin, 51, goyah sudah bertebaran sejak tahun lalu.
Akhirnya, Dr Rushdi Ramli menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video dikongsi penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu dalam Instagram, hari ini.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.
Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang merupakan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi pada 2021.
Sebelum itu, penyanyi kelahiran Kelantan berkenaan mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata sebelum Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun kerana serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.
BACA JUGA Ahli bebas beri pandangan, pemimpin nasional putuskan pemilihan calon DUN Mahkota
Â