Sah Awie YB baharu Nenggiri, BN kembali bergaya, Pas tersungkur teruk

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mesra dipanggil Awie sah diangkat sebagai wakil rakyat baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Kemenangan Ketua Pemuda UMNO Kelantan yang mewakili Kerajaan Perpaduan dengan majoriti bergaya 3,352 undi sekaligus merampas kembali kerusi yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang itu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nik Raisnan Daud mengumumkan kemenangan Azmawi di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Majlis Daerah Gua Musang kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Azmawi secara rasmi menang dengan memperoleh 9,091 undi manakala Pas tersungkur teruk melalui calonnya, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) yang hanya mengaut 5,739 undi.

Azmawi Fikri Abdul Ghani

Strategi BN dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah PRK DUN Nenggiri parti itu memperlihatkan pendekatan hanya menyantuni pengundi melalui program-program kecil terbukti menyumbang kepada kemenangan Awie.

Keputusan PRK DUN Nenggiri juga menyaksikan kembalinya sokongan masyarakat Orang Asli kepada BN yang sebelum ini merupakan deposit tetap parti itu.

PRK DUN Nenggiri melibatkan sebanyak 20 pusat pengundian dengan 46 tempat mengundi atau saluran.

Sebanyak 71.88 peratus daripada 20,259 pemilih yang berdaftar dengan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) keluar mengundi sehingga jam 6 petang tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos tahun lalu, penyandang kerusi DUN N43 Nenggiri daripada BN, Ab. Aziz Yusoff tewas kepada Mohd. Azizi Abu Naim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada ketika itu, Azizi menang dengan majoriti hanya 810 undi.

BACA JUGA Kelantan sedia untuk berubah, kata Mohamad Sabu

Â