Budok Awie dah mula bekerja, bertemu penduduk Nenggiri
Tidak sampai 24 jam selepas kemenangannya, ADUN Nenggiri baharu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani hari ini sudah pun mula bekerja dan turun bertemu penduduk kampung.
Beliau mengambil kesempatan bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang mengundinya.
Ketika ditemui media di Kampung Sungai Asap, Mohd Azmawi yang mesra disapa ‘Budok Awie’ oleh penduduk kampung berkata, tempoh beliau berpolitik sudah tamat dan sekarang adalah masa untuk bekerja selepas rakyat memberi kepercayaan kepadanya.
“Sekarang masa untuk saya bekerja demi rakyat sudah bermula dan bagi saya, cukuplah kita bermain politik sepanjang berkempen,” katanya.
Beliau menyatakan ikrar mahu menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua FELDA yang telah tertangguh sekian lama selepas BN kalah di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
“Perumahan generasi kedua FELDA di Perasu perlu diberi perhatian kerana isu ini dianggap isu tertangguh, selepas Barisan Nasional (BN) kalah di kerusi ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
“Sekarang sebuah rumah di FELDA Perasu terpaksa didiami sehingga tiga atau empat keluarga. Saya akan perjuangkan perkara ini supaya kerajaan memudahkan pemilikan geran,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, masalah air di kawasan terbabit akan diketengah kepada agensi berkaitan untuk mencari penyelesaian.
BACA JUGA Amil kantoi, bertahun-tahun duit zakat lebih RM45,000 masuk poket sendiri
Â