Pas ambil alih kepimpinan Perikatan Nasional?
Rata-rata penganalisa politik meramalkan Muktamar Pas ke-70 yang bermula hari ini akan membangkitkan isu Pas mengambil alih kepimpinan pakatan pembangkang, Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata Waktu untuk Pas mengambil alih jawatan ketua pembangkang sudah tiba.
“Pas perlu menggunakan strategi untuk mendapatkan jawatan tersebut memandangkan Bersatu berdepan masalah dalaman dan presidennya mempunyai kes di mahkamah,” katanya lapor FMT.
Ketua Pembangkang sekarang ialah Datuk Hamzah Zainuddin yang juga adalah setiausaha agung Bersatu.
PN pula diketuai oleh presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana mempersoal kewibawaan Agong ke-16 dalam pelantikan Perdana Menteri ketika kempen pilihan raya kecil Nenggiri.
Penganalisa Zaireeni Azmi dari Universiti Sains Malaysia juga senada dengan Azmi dalam isu ini.
Muktamar Pas ke-70 berlangsung mulai hari ini sehingga 15 September di Kerdau, Temerloh, Pahang.
Â