Mahiaddin akui, tak sesen masuk poket sendiri, tetapi masuk akaun parti
Oleh Ahmad Mursi
Di kempen PRK Mahkota, Mahiaddin kata dia dituduh rasuah dan salah guna kuasa tapi katanya: “Mana saya terima. Wallahi satu sen pun tak masuk poket saya, dia masuk pada parti”.
Untung jadi PM Tebok Atap, buat projek Jana We-Bawa tanpa kelulusan parlimen selepas isytihar darurat, boleh runding terus berapa persen masuk ke akaun parti.
Runding hal MoU katanya tak ada faedah, runding projek ni faedahnya banyak. Tak perlu tender terbuka.
Harga projek boleh markup untuk tampung sumbangan ke akaun parti.
Radzi Jidin puji dalam AGM Bersatu, betapa murninya hati Mahiaddin turut ajarnya untuk tak guna akaun peribadi.
Sebab itu, walaupun Mahiaddin bermati-matian minta disambung kontrak 1BestariNet yang gagal, dengan yakin dia kata ‘tak ambil sesen’. Dia ada ‘kesedaran’ yang tinggi.
Mungkin pemimpin Bersatu diasuh guna kaedah lain seperti akaun menantu atau akaun bini dll.
Ilmu ini tak sempat diajar kepada Wan Saiful yang masih mentah dalam politik dan gelojoh guna akaun peribadi hingga kini didakwa.
Peranan Pas dalam hal ini ialah keluarkan dalil halal. Itu gunanya Ulama Pas yang Mahiaddin anggap ‘Parti Ajaran Sesat’ sebelum ini.
Annuar Musa sebelum ni akui, berpuluh juta Muhiaddin bagi di PRN Sabah. Dari mana agaknya datang wang mudah begitu?
Ini rahsia kenapa Mahiaddin kekal sebagai calon ‘PM Tepi’ dan bukannya Hj Hadi walhal Pas ada jentera jauh lebih ramai. Kerana dana Pas juga bergantung kepada Bersatu.
Sebelum ini, kali pertama dalam sejarah kita dapat tengok kempen mewah luar biasa PN-Pas iaitu dalam PRU15.
BACA JUGA MoU peruntukan pembangkang: Boleh dah ‘tutup buku’
Â