Heboh daftar masuk hotel lewat tapi keluar awal, apa kata MOTAC?
Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum keluhan rakyat mengenai isu daftar masuk hotel dan inap desa yang semakin lewat tetapi daftar keluar pula semakin awal.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas isu mengenai isu yang tular itu.
“Walaupun isu ini tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini, saya akan panjangkan kepada MOTAC untuk mereka memberi maklum balas,” katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.
Minggu lalu, orang ramai heboh mempersoalkan tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula jam empat petang dan perlu keluar pada pukul 11 pagi.
Rata-rata menyifatkan tempoh tersebut begitu singkat dan tidak adil untuk pelanggan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel dipetik berkata, pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan.
BACA JUGA Sekali lagi Sanusi mohon maaf kepada Sultan Selangor
Â