FOTO BERITA | Kita tidak ambil tindakan kompaun, sebaliknya hanya memberi amaran berbentuk literasi, pencerahan dan penjelasan terlebih dahulu – DR Dzulkefly
FOTO BERITA: Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Negeri Selangor bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Grandeur Labs, Puncak Alam, Selangor. 6hb Oktober 2024 (Ahad)
Kesedaran masyarakat terhadap Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 telah meningkat namun masyarakat terutamanya pemegang taruh masih perlukan penjelasan
Penguatkuasa dari KKM sahaja ada 6,166 orang. Mungkin tiada penjelasan tetapi kesedaran masyarakat meningkat. Sebab itu kita perlukan enam bulan.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dikuatkuasakan sejak 1 Oktober mengekang jualan produk rokok kepada generasi muda dan semua jenis pengiklanan merokok.