Lelaki terkejut kedai jual alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid

Seorang lelaki terkejut selepas mendapati terdapat bentuk Kaabah dan masjid pada alas kaki yang dijual di sebuah bazar di Pasar Lebuh Cecil, Georgetown.

Lelaki tersebut mendakwa terlihat beberapa alas kaki yang lain turut mempunyai corak serupa yang dijual kepada orang ramai.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat oleh individu tersebut, kata Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.

“Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis,” katanya.

BACA JUGA PH Johor harap kerjasama terus kukuh dengan pelantikan Teo Nie Ching 

Â