FOTO BERITA | Saya menuntut PDRM siasat pihak terbabit dan berharap wang mangsa penipuan dapat dikembalikan – Joseph Prakash
FOTO BERITA: Sidang Media dan Penyerahan Memorandum oleh Joseph Prakash Pengasas Pertubuhan Kebajikan Intergriti Persahabatan Nasional berkaitan isu penipuan syarikat pelaburan (Scammer) kepada Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. 7hb Oktober 2024 (Isnin)
Satu memorandum telah diserahkan kepada Jabatan Penyiasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penipuan sebuah syarikat yang berpusat di Indonesia.
Memorandum ini diserahkan oleh Joseph Prakash, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) dan dihadiri oleh para mangsa penipuan ini di himpunan menuntut keadilan kepada para mangsa.
Lebih 100 orang menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit dan kerugian dianggarkan melebihi jutaan ringgit.
Modus operandi skim penipuan ini ialah dengan memujuk mangsa melabur sekitar 5000 hingga 30 000 Dollar Amerika dengan dividen 4 dan 6 peratus.
Mangsa mendakwa ditipu selepas menyertai skim pelaburan ini dan berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi menuntut keadilan kepada semua mangsa.
Joseph Prakash, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Integriti Persahabatan Nasional (PKIPN) berharap pihak PDRM dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada para mangsa penipuan ini dengan menyiasat kembali pihak yang terlibat dalam penipuan dan semoga wang para mangsa dapat dikembalikan kepada mereka.
Â