Lagi bukti ekonomi Malaysia bertambah kukuh, ini unjuran dari Bank Dunia
Prospek pertumbuhan ekonomi negara terus bertambah kukuh sekaligus menyumbang kepada pengukuhan ringgit.
Ini terbukti apabila Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2024 kepada 4.9 peratus berbanding 4.3 peratus yang diunjurkan sebelumnya.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi, unjuran yang disemak semula itu ialah 0.6 mata peratusan atau 14 peratus lebih tinggi daripada yang diunjurkan sebelum ini.
Jelasnya, unjuran tersebut mencerminkan pertumbuhan kukuh dalam penggunaan, pelaburan dan aktiviti perdagangan.
Beliau berkata, Malaysia merekodkan pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dan pelaburan domestik yang kukuh pada separuh pertama tahun ini.
Dalam masa sama, katanya, negara turut mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan dalam eksport.
Tambahnya, ringgit juga muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap asas ekonomi Malaysia.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan laporan Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik (EAP) Oktober 2024 dan Bahagian 1 Pemantau Ekonomi Malaysia (MEM) Oktober 2024, di ibu negara hari ini.
Dalam masa sama, Dr Apurva berpendapat Malaysia sebenarnya mencatatkan prestasi output perkapita yang mengatasi kebanyakan negara di ASEAN lain.
Malah, katanya, Malaysia boleh mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2027 jika ringgit kekal pada paras semasa sekitar RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pelaksanaan perubahan struktur oleh Kerajaan MADANI memainkan peranan penting dalam mendukung pengukuhan nilai ringgit elain faktor makroekonomi.
BACA JUGA Ahli Parlimen Cameron Highlands jadi Ahli MKT UMNO
Â