Islam sentiasa menang tapi Pas kalah, Abdul Hadi kena ‘serang’ lagi

Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengundang kecaman dan sindiran orang ramai apabila Presiden Pas berkenaan menegaskan tentang kebangkitan semula Islam.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa umat pada masa ini sedang menyaksikan keruntuhan liberal kapitalisme yang dipelopori oleh barat.

“Akan tiba masanya Islam akan bangkit semula.

“Kita sedang melihat berlakunya kebangkitan Islam di Palestin,” katanya di platform X.

Abdul Hadi berkata demikian sempena Makan Malam Dana Assabiqun baru-baru ini.

Susulan itu, kenyataan pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan dihujani serangan warganet termasuk mengingatkan bahawa Islam sentiasa menang bukannya Pas.

Dalam masa sama, ada yang secara sinis berkata, kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim memang mengikut acuan Islam sebaliknya Pas sahaja tersasar dari Islam.

“Islam bersama dengan yang wasatiyyah bukan bersama dengan golongan ghuluw dan berciri Khawarij,” tulis @arifzain4.

Sementara itu, @delta13z berkata, “Islam itu indah, tapi bukan Islam cara Pas manakala @AqimNizar menegaskan bahawa, “Perjuangan Islam bukan milik Pas saja.”

Tidak kurang juga yang menyifatkan Pas kerap “syok sendiri” dengan auta tanpa fakta sebagai bukti.

Hal ini memandangkan Pas tidak mewakili Islam di negara ini sebaliknya parti pembangkang itu hanyalah penunggang agama demi kepentingan politik kepartian.

“Yang menang tu Islam bukan Pas. Saya pun mulanya keliru. Mujur baca sampai habis,” kata @sein_hamid.

Sebelum ini, Abdul Hadi dikritik ekoran hantaran bertajuk, “Mengapa kita perlu kembali kepada Islam?” yang menyenaraikan lima syarat yang mesti dicapai bagi menunjukkan “kedaulatan Islam”.

Dalam hantaran sama itu, Hadi sempat menyeru agar Pas diberikan tempoh untuk menerajui Kerajaan Persekutuan supaya parti tersebut kononnya dapat menunjukkan “Islam yang berdaulat kepada semua”.

“Hari ini kita masih belum dapat mendaulatkan Islam secara sempurna,” dakwa Abdul Hadi.

Malah, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu menuduh Kerajaan Persekutuan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyalurkan bantuan kepada Terengganu.

BACA JUGA Polis akan panggil Bloomberg dakwaan PM campur tangan siasatan SPRM

Â