‘Buat apa podcast’, Wan Fayhsal cabar debat secara langsung di TV
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli merangkap Menteri Ekonomi untuk debat secara langsung di saluran TV arus perdana.
Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu menolak untuk debat menerusi audio siar (podcast) seperti pelawaan awal Rafizi.
“Buat apa podcast. Saya mahu debat live di TV arus perdana macam Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dapat lawan Rafizi.
“Bring. It. On. Kita debat pasal auta cetak duit dan MAHB-BlackRock. Bawa Fahmi Fadzil pun tiada masalah. 2 lawan 1,” cabarnya.
Wan Fayhsal berkata demikian sebagai reaksi terhadap ciapan pengguna X, @Jaiyen_nakal yang menyatakan kemungkinan bakal dialami pemimpin pembangkang itu jika menyertai audio siar dikendalikan Rafizi itu.
“Ada sebab Wan Fayhsal tak berani masuk podcast Rafizi Ramli. Syahir lawan debat dengan Rafizi, orang boleh nilai yang Syahir tu useless.
“Lim Sian See (LSS) masuk podcast Rafizi, kantoi yang LSS tu taklah bijak pun. Kalau Wan Fayhsal masuk podcast Rafizi, mahu kalah pemilihan Bersatu nanti,” tempelaknya.
Bagaimanapun, rata-rata warganet dilihat mengecam Wan Fayhsal termasuk berkongsikan gambar Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu yang terlalu tunduk membaca gajet semasa bersiaran dalam Dialog Tiga Penjuru di Astro Awani.
“Tunduk lain macam. Itu pun ada hati mahu debat tv airtime,” getus Zuwairi Md Yusof
“Tengok yang kiri terpaling hebat berhujah tu. Asyik dengan telefon dan tablet sendiri saja. Fakta ke laut,” kata @ap_aHFOD.
“Pergi je lah dulu podcast tu. Banyak pulak mengelatnya. Kalau prestasi memberangsangkan, baru layak pergi TV. Kalau level macam Syahir je, just stay at podcast je lah. Jangan bazirkan wang kerajaan,” kata @StratcommPMX.
Â