Adik suruh Azmin Ali cepat-cepat lari naik tongkang

Adik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu Ummi Hafilda Ali menyarankan abangnya itu untuk lari segera menaiki tongkang atau bot laju.

Dia seolah memberi bayangan bahawa pemimpin Bersatu itu adalah individu yang menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sempat ke lari Min? Tak sempat kot. Tapi cuba lah naik tongkang ke bot laju ke kot-kot lepas ke seberang kan.

“Boleh sakau lagi. Boleh berlakon macam malaikat. Itulah lain kali jangan aniaya adik-adik macam aku dan diva AA (Azwan Ali),” katanya di Facebook sambil menyertakan foto Azmin Ali dengan beg bagasi.

Dalam hantaran berlainan pula, Ummi Hafilda berkata “berani buat berani tanggung” selain menyebut tentang perbuatan “menyakau” dan salah guna kuasa.

Hantaran itu dibuat di tengah-tengah kekecohan selepas SPRM dilapor telah menggeledah sebuah pangsapuri yang dijadikan ‘safehouse’ seorang ahli politik berpengaruh untuk menyimpan sejumlah mata wang asing.

Pangsapuri di Kuala Lumpur itu menjadi tempat penyimpanan wang hasil rasuah milik seorang individu berpengaruh dan ia dipercayai digunakan untuk tujuan tertentu termasuk politik.

SPRM dikatakan menemui sejumlah mata wang Singapura SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta selepas menggeledah rumah berkenaan.

Sehingga kini pihak berkuasa masih tidak mendedahkan siapa ahli politik berpengaruh yang disebut-sebut.

Namun gambar Azmin Ali tersebar dengan banyak di Facebook sejak berita tersebut disiar.

BACA JUGA Dr Dzulkefly buat lawatan mengejut ke jabatan kecemasan Hospital Serdang

Â