Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri hingga jam 1 pagi ini

Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda sembilan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak malam ini sehingga jam 1 pagi.

Menerusi makluman Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Amaran sama di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

Di Terengganu, daerah dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

Cuaca sama juga diramal di bahagian barat Sarawak iaitu Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Kapit (Song dan Kapit).

Sementara itu, di Sabah, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut METMalaysia lagi.

BACA JUGA ‘Kalau dah kemaruk sangat nak masuk TV…’, Rafizi ‘bahasakan’ Wan Fayhsal