Pengganas Israel tayang kejahatan musnahkan masjid, letup kediaman penduduk Gaza

Tentera pengganas Israel secara terbuka menayangkan kejahatan mereka memusnahkan kediaman dan membakar masjid serta bangunan institusi kerajaan.

Rakaman video dan gambar memaparkan kebanggaan rejim Zionis yang sudah membunuh puluhan ribu rakyat Palestin itu dikongsi menerusi platform X, Israel Genocide Tracker.

Antaranya, klip video yang difahamkan dirakam pihak tentera rejim dari unit perubatan Taagad mendokumentasikan misi di Gaza yang membedil kawasan perumahan dengan kereta kebal.

Mereka juga memuat naik video tindakan jahat mereka meletupkan kawasan kejiranan, dan membakar rumah penduduk Palestin yang dipindahkan di Rafah.

Selain itu, tentera Israel turut bergambar di dalam masjid, rumah, dan bangunan institusi kerajaan yang mereka bakar di Gaza.

Kelihatan juga seorang askar Israel bermegah menerusi siaran dalam talian yang membakar berpuluh-puluh rumah rakyat Palestin di Khan Yunis.

Taktik bakar kediaman itu digunakan untuk menghalang penduduk Palestin daripada pulang ke rumah mereka.

Rakaman video letupan demi letupan itu juga diselangi dengan kegembiraan tentera pengganas menikmati makanan, bermain gitar dan bergelak ketawa dengan wanita berpakaian tentera.

Beberapa tentera pengganas Israel, seperti Ivri Kedem dan Rimon Tsiony turut mendokumentasikan perbuatan mereka menyerbu rumah dan sekolah Palestin serta peranan mereka dalam pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Selepas lebih setahun rejim Zionis Israel mengganas di Gaza, tiada lagi kawasan selamat di wilayah terkepung itu serentak masalah kekurangan makanan, bahan api, dan bekalan perubatan.

BACA JUGA Parti Islam konon tapi kuat sokong ajaran sesat, pendirian Pas mengenai GISBH dikecam

Â