‘Bukan hijau macam parti bulan’, ramai teka warna baju PMX bentang Belanjawan 2025
Ramai dilihat mula sibuk meneka warna baju Melayu apa yang akan dikenakan Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen petang esok.
Jangkaan itu membanjiri ruangan komentar di platform X Kementerian Kewangan yang mengajak warganet meneka warna pilihan pakaian Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hantaran sama, disertakan gambar Perdana Menteri berpakaian baju Melayu lengkap warna biru muda semasa membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani.
Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu memilih warna ungu muda.
Rata-rata meneka Perdana Menteri akan mengenakan baju Melayu berwarna biru muda selain merah jambu.
Walau bagaimanapun, ramai yang memberitahu mereka tiada masalah dengan warna baju pilihan Perdana Menteri semasa pembentangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat tu.
Dalam masa sama, bukan sedikit yang berseloroh dan yakin Anwar tidak akan memilih warna hijau yang menyamai ton warna dengan sebuah parti pembangkang.
“Yang penting bukan warna hijau parti walaun… ,” usik pengguna X, @penggerakdasar_
“Yang pasti bukan hijau,” kata @noratraveller.
“Hijau. Warna kegemaran saya tapi malangnya selalu disalah erti hijau ini milik kelompok tertentu saja. Jangan fitnah warna hijau ya,” tulis Izwan Satriawan.
Terdahulu, Perdana Menteri dilapor berkata, Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun bakal membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada 4 petang esok.
BACA JUGA Kelantan, Terengganu dijangka ribut petir dan hujan lebat
Â