Selepas lebih 6 tahun jaga suami yang kemalangan, dah sihat kahwin wanita lain
Kisah seorang wanita yang ditinggalkan suami selepas bertahun-tahun menjaganya akibat terbabit dalam kemalangan tular di media sosial.
Dikenali sebagai Nurul Syazwani, beliau berkongsikan gambar perkahwinan bekas suaminya dengan wanita lain.
“Tahniah suami, moga bahagia dengan pilihan hati awak… Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia.
“Alhamdulillah, saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awak ambil alih tanggungjawab saya,” katanya diikuti emoji senyum.
Menurut Nurul Syazwani, beliau menjaga suaminya lebih enam tahun daripada terlantar sehingga bertongkat.
“Alhamdulillah, Allah angkat dah tanggungjawab berat saya dari dia lumpuh sampai boleh berjalan pakai tongkat selama enam tahun lebih,” katanya menjawab salah satu komentar netizen.
Sementara itu, dalam satu hantaran bergambar pada 2 Ogos 2019, beliau memberitahu keadaan suaminya ketika itu masih belum sedar walaupun mata buka dan berkedip.
“Kaki sebelah kanan bergerak tanpa kawalan sampai luka kerana bergesel dengan tilam dan kadang-kadang tersepak besi katil berkali-kali.
“Hanya dengan stimulus pain papa (suami) sedar. Raya Haji pertama barulah Hana (anak) dapat jumpa papa.
“Si kecil yang tak tahu apa-apa, itulah penguat hati mama. Hujung minggu saja mama dapat luangkan masa dengan Hana, sebab setiap hujung minggu keluarga kami bawa Hana. Hari-hari biasa mak akan hantar Hana pada pengasuh dan terus datang ke hospital,” luah Nurul Syazwani.
Susulan itu, ramai bersimpati serta memuji pengorbanan Nurul Syazwani sebelum ini menjaga suaminya semasa sakit dan menyifatkannya sebagai contoh isteri yang tabah dan sanggup bersabar sehingga ke tahap ini.
Rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan tindakan lelaki berkenaan yang tergamak berkahwin lain menceraikan isteri yang selama ini menjaganya sepanjang tempoh pemulihan akibat kemalangan.
Dalam masa sama, orang ramai turut mendoakan Nurul Syazwani agar bertemu jodoh dengan suami yang lebih baik dan menghargai.
“Kamu adalah ‘lebah’ yang menghasilkan ‘madu’ sangat bernilai. Terbang bebas jauhkan diri dari manusia toksik yang boleh merosakkan emosi dan dirimu. Jangan berubah. Tetaplah menjadi ‘lebah’ yang memberi manfaat kepada insan lain.
“Wanita hebat untuk lelaki hebat. Insya-Allah ada yang hebat-hebat akan menyusul dan pandu ke jalan hidup yang lebih baik.
“Awak wanita hebat, Allah nak bagi yang pandai hargai awak selayaknya. Insya-Allah.
“Moga Allah jodohkan puan dengan orang yang lebih baik, lebih pandai menghargai dan puan akan lebih bahagia,” demikian antara kata warganet.
BACA JUGA ‘Bukan hijau macam parti bulan’, ramai teka warna baju PMX bentang Belanjawan 2025
Â