Bila pasukan Rusia berhijab tapi Algeria hampir telanjang, komen ‘ulamak Pas’ ini mengundang ketawa
Komentar seorang ‘ulamak Pas’ pada gambar perbandingan pasukan futsal kebangsaan Rusia berhijab manakala pasukan bola tampar Algeria hampir telanjang mengundang perhatian netizen.
Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat, Mokhtar Senik dilihat meninggalkan komentar pada hantaran yang tular di media sosial itu.
“Moga kejayaan buat pasukan Rusia,” katanya yang menggunakan nama Mokhtar Dup di akaun Facebook sehingga mengundang banyak emoji ketawa daripada warganet.
Semakan Harapandaily mendapati gambar tular itu menunjukkan pasukan futsal kebangsaan wanita Rusia pada tahun 2016 berhijab dan berseluar panjang ketika berada di Iran.
Penampilan pasukan terbabit semasa perlawanan persahabatan dengan Iran sebagai mematuhi kod berpakaian di republik tersebut.
Sebaliknya, pasukan bola tampar kebangsaan wanita Algeria dari negara majoriti berpenduduk Islam itu tidak bertudung malah berseluar sangat pendek.
BACA JUGA Selepas lebih 6 tahun jaga suami yang kemalangan, dah sihat kahwin wanita lain
Â