Siapa pengganti Yahya Sinwar?
Susulan kematian ketua Hamas Yahya Sinwar, yang juga satu-satunya pemimpin yang beroperasi dari Palestin, persoalan berkenaan pengganti beliau sudah timbul.
Ini berikutan laporan kematian beliau pada beberapa hari lalu yang didakwa oleh tentera Israel.
Mahmoud al-Zahar, seorang pengasas Hamas yang dikenali dengan pendirian tegas dan pandangan konservatif.
Tokoh kanan dalam kepimpinan politik Hamas ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar. Al-Zahar terselamat daripada beberapa percubaan pembunuhan oleh Israel pada 1992 dan 2003.
Beliau tidak kelihatan atau membuat sebarang kenyataan sejak 7 Oktober tahun lalu, lapor Reuters.
Seorang lagi yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab Yahya ialah adik beliau Mohammed Sinwar.
Kenaikannya ke jawatan pemimpin berkemungkinan besar menandakan kesinambungan pendekatan Yahya, terutama dalam rundingan gencatan senjata.
Khalil al-Hayya, anggota biro politik Hamas yang terbabit dalam rundingan gencatan senjata sebelum ini dan dilihat sebagai calon lebih sederhana berbanding calon lain.
Calon yang paling kurang berpotensi ialah Khaled Mashal yang hidup dalam buangan di Qatar.
Beliau kurang berpotensi kerana hubungannya yang dingin dengan Tehran.
BACA JUGA: Siapa Yahya Sinwar yang gantikan Ismail Haniyeh di Palestin
Â