Intipati Belanjawan 2025
πProjek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Fasa 1 dimulakan libatkan hampir RM1 bilion dengan keluasan hampir 11,000 hektar
π Khazanah Nasional sedia RM1 bilion terajui pelaburan sokong industri semikonduktor tempatan
π Kerajaan beri kelulusan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai, sokong aktiviti pelancongan dan ekonomi setempat
π Kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan dinaikkan kepada RM84,000 untuk Semenanjung dan RM90,000 bagi Sabah dan Sarawak
π Syarikat logistik yang menjalankan aktiviti kompleks logistik pintar diberi elaun cukai pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun
π Khazanah akan lancar Program Syarikat Peringkat Pertengahan dengan dana RM1 bilion bagi sokong bangunkan keupayaan syarikat tempatan
π Peningkatan tertinggi bagi STR dan SARA iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion, beri manfaat kepada 9 juta penerima
π Pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau diteruskan dengan jumlah pembiayaan RM1 billion sehingga 2026
π KWAP menerusi Dana Perintis sedia RM1 bilion untuk menyokong aktiviti syarikat pemula niaga tempatan
π Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 untuk beli barangan asas di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara
π Kategori bujang akan terima STR RM600
π Kadar Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebulan
π Ke arah pelaksanaan e-Invois pada 1 Julai, 2025, kerajaan cadang perbelanjaan beli peralatan ICT, pakej perisian komputer dan fi perundingan diberi elaun modal dipercepat dan dituntut dalam tempoh dua tahun
π UEM Lestra, TNB akan labur RM16 bilion untuk keupayaan transmisi, pengedaran serta menyahkarbon kawasan perindustrian
π Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah
π Galakan guna motosikal elektrik CKD sehingga RM2,400 diteruskan dengan peruntukan RM10 juta
π Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 seorang bagi anak usia 7 hingga 18 tahun
π Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin adalah tertakluk kepada kadar maksimum RM1,000 sekeluarga
π Perodua rancang keluarkan kenderaan elektrik pada harga bawah RM100,000 untuk penuhi permintaan
π Peruntukan bagi Felda, Felcra dan Risda ditingkatkan kepada RM2.6 bilion dalam Belanjawan 2025
π Bantuan STR, SARA dan JKM, isi rumah miskin dengan tiga anak layak terima bantuan lebih RM13,000 setahun, peningkatan ketara berbanding RM11,000 pada masa ini
π RM40 bilion disediakan sebagai kemudahan pinjaman serta jaminan pembiayaan perniagaan di bawah agensi kerajaan
π Bantuan STR, SARA dan JKM, warga emas miskin layak terima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000
π RM800 juta pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan bumiputera termasuk menyokong artisan tempatan
π Kerajaan cadang naikkan nilai ambang pengenaan levi keuntungan luar biasa ke atas sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150 dan RM3,650 untuk Sabah, Sarawak
π Bantuan STR, SARA dan JKM, tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan
π Insentif galakan berjumlah RM100 juta disedia kepada pekebun kecil bagi penanaman semula sawit
π Kerajaan setuju peruntuk RM1.3 bilion untuk memperkasa kontraktor G1-G4, khususnya Bumiputera
π Peruntukan RM65 juta disediakan bagi tingkat kelestarian sawit, pertahan industri bagi menangkis salah tanggapan Eropah – PM Anwar
π RM1 bilion disediakan untuk tangani kos sara hidup meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta
πJualan Rahmah akan diperhebat bagi tawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua DUN setiap bulan
π Program galakan pengeluaran lateks oleh pekebun kecil di bawah Risda akan dilaksanakan secara geran padanan bernilai RM60 juta
π Dana padanan RM100 juta disediakan bagi galakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam
π RM700 juta dikhususkan untuk perbanyak program kos sara hidup termasuk usaha sama dengan pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani
π Geran padanan RM20 juta di bawah program iTEKAD dengan RM5 juta khusus bagi caruman insurans untuk usahawan mikro
π RM250 juta disediakan bagi edar barangan keperluan asas di kawasan pedalaman termasuk di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu
π Syarikat Jaminan Perniagaan Bhd sedia menjamin sehingga 80 peratus pembiayaan PKS halal dengan nilai jaminan RM1 bilion.
Sumber: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Β