Tular kejayaan Hizbullah musnahkan dron Israel
Pejuang Hizbullah dilapor berjaya menembak dan menjatuhkan dron Israel selepas serangan yang disasarkan terhadap cawangan sebuah institusi kewangan yang berkaitan dengan sekutu Hamas di Lubnan itu.
Lapor AFP, unit pertahanan udara Hizbullah menjatuhkan dron Hermes 450 Israel.
Difahamkan, satu unit dron Hermes 450 Israel dengan lebar sayap 10.5 meter mencecah AS$2 juta.
Rejim pengganas Israel berterusan mengebom lokasi-lokasi yang dikaitkan dengan operasi kewangan kumpulan Hizbullah Lubnan.
Ribuan penduduk diarah segera meninggalkan kawasan terbabit dengan bom Israel diletupkan di selatan Lubnan, Beirut dan Lembah Bekaa di timur.
Sekurang-kurangnya 12 serangan dari dron dan jet rejim Israel berlaku sepanjang petang hingga ke awal pagi, memetik Al Jazeera.
Kebanyakan serangan ganas itu berlaku di pinggir selatan Beirut iaitu sekitar kawasan Dahiyeh.
Israel telah menyasarkan bangunan dan pejabat Hizbullah dengan beberapa daripadanya berada di tengah Beirut.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan serangan rejim Israel mengakibatkan seramai 2,448 penduduk maut manakala 11,471 lagi cedera sejak Oktober 2023.
BACA JUGA 7 perkara dalam Belanjawan 2025 berkaitan Islam